Kecoh babi hutan 'datang' kenduri kahwin

Iklan
Tangkap layar video tular yang menunjukkan seekor babi hutan meluru lari ke arah tetamu di majlis perkahwinan.

TAMPIN – Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan di daerah ini bertukar kecoh apabila didatangi 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor babi hutan yang secara tiba-tiba muncul dan meluru melintasi tetamu yang datang.

Video insiden itu yang berdurasi 1 minit 12 saat, dikongsi seorang pengguna TikTok @Eynaminal dengan keterangan 'tengah tunggu pengantin berarak, tiba-tiba babi lalu'.

Iklan
Iklan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang mendukung bayinya hampir disondol haiwan berkenaan, namun sempat mengelak.

Situasi tersebut menimbulkan panik dalam kalangan tetamu, namun tidak dapat dipastikan haiwan itu berlari ke arah mana dan difahamkan tiada kecederaan yang berlaku.

Iklan

Pemilik video terbabit turut memaklumkan yang dia berada di majlis perkahwinan berkenaan kerana sedang bertugas mengacarakan majlis.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang berseloroh dengan situasi tersebut dengan mengatakan haiwan liar itu adalah bekas kekasih salah seorang pengantin.

Iklan