Petugas kontraktor membuat persiapan menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini, ketika tinjauan hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 28 Okt ini menjadi kemuncak kepada kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 bertemakan"Keterangkuman dan Kemampanan”.