PLUS umum Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik PTJSD bermula 21 Oktober

Iklan
PLUS umum Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula pada 21 Oktober.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula pada 21 Oktober 2025.

Dalam kenyataannya PLUS berkata, NAZA Engineering & Construction Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk pakej ini selepas melalui proses tender terbuka.

Iklan
Iklan

“Pakej 1 yang meliputi kerja-kerja menaiktaraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15 – KM135.4) dan pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn (KM133.5 – KM134.5) akan dilaksanakan selama 24 bulan.

“Pakej 1 merupakan sebahagian daripada pakej-pakej Projek PTJSD. Ia bertujuan menyuraikan trafik di kawasan terbabit dan akan dapat membantu pengguna-pengguna lebuh raya serta penduduk setempat untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar pada masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

Iklan

Menurut PLUS, secara keseluruhan, Projek PTJSD merupakan projek berimpak tinggi dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 pengguna harian melalui pengurangan kesesakan di laluan terbabit.

Pada peringkat permulaan, kerja-kerja awalan tidak akan mengganggu aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya terbabit masih kekal dibuka kepada pengguna.

Iklan

PLUS juga akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini projek terbabit menerusi saluran media sosial.