SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan berkata, wanita tersebut ialah Siti Khadijah Abdul Murad, 39 dan mempunyai alamat terakhir di PPR Cochrane, Jalan Nakhoda Yusof, 55100 Kuala Lumpur.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asyraf Hussin Amer Hamzah di talian 011-23121929 atau emel kepada asyraf.amerhamzah@sprm.gov.my," katanya pada Selasa.