Xiaomi 15T Pro bawa kuasa kamera Leica 5x ke Malaysia

Iklan

KUALA LUMPUR – Xiaomi 15T Pro akhirnya membawa perubahan besar dalam barisan ‘T’ mereka dengan kehadiran lensa telefoto 5x (115mm) — satu-satunya T-series atau dalam harga seumpamanya yang dilengkapi dengan fungsi optical 5x zoom.

Dengan keupayaan zum optikal sebenar, pengguna kini boleh menikmati potret jarak jauh dengan perspektif yang lebih mampat dan semula jadi tanpa kehilangan kualiti imej. Ini menjadikan Xiaomi 15T Pro jauh lebih versatil, sama ada untuk fotografi wajah, landskap, atau subjek di kejauhan.

Iklan
Iklan

Kerjasama Leica pula kekal menjadi tunjang kekuatan utama kamera siri ini. Xiaomi dan Leica mengekalkan dua mod warna ikonik mereka - Leica Authentic dan Leica Vibrant yang memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahu hasil warna yang klasik dan realistik atau lebih bersemangat dan moden.

Iklan

Sentuhan Leica turut terasa pada ton warna kulit, kontras, dan tekstur yang lebih “filmic”, menjadikan setiap tangkapan terasa lebih sinematik dan premium.

Iklan

Dari segi hasil imej, Xiaomi 15T Pro menunjukkan peningkatan ketara dalam warna, dynamic range dan ketajaman. Tangkapannya kini lebih seimbang antara bayang dan sorotan, dengan perincian yang tajam tanpa kelihatan terlalu digital.

Warna pula tampak lebih hidup tetapi tetap natural — hasil gabungan pemprosesan imej Leica dengan enjin AI Xiaomi yang semakin matang. Secara keseluruhan, ini adalah kamera “flagship-grade” yang benar-benar mengangkat standard siri T ke tahap profesional.

Kamera Leica Summilux – Lebih Dekat, Lebih Jelas

Xiaomi 15T Pro dilengkapi dengan penderia imej Light Fusion 900 serta kanta telefoto optikal 5x. Ia turut menyokong UltraZoom 100x dengan bantuan kecerdasan buatan (AI enhancement), membolehkan pengguna merakam subjek jauh dengan kejelasan luar biasa.

Untuk mereka yang gemar fotografi jalanan, mod Street Photography (Fastshot) kini ditambah bagi memberi pengalaman yang lebih autentik seperti kamera Leica sebenar. Ciri ini sebelum ini hanya terdapat pada siri Xiaomi 15 dan 15 Ultra.

Mod potret turut menyokong pelbagai panjang fokus – 23mm, 35mm, 46mm, 75mm dan 115mm – membolehkan pengguna mengawal gaya dan perspektif gambar dengan lebih kreatif.

Tambahan pula, rakaman video menyokong resolusi 8K30FPS, 4K120FPS dan 4K60FPS log video, sesuatu yang jarang ditemui pada telefon selain kelas flagship.

Bingkai Lebih Nipis, Pengalaman Lebih Luas

Baik Xiaomi 15T mahupun 15T Pro, kedua-duanya hadir dengan paparan 6.83 inci 1.5K yang menawarkan kecerahan maksimum sehingga 3200 nits.

Lebih menarik, skrin ini direka dengan bingkai 27 peratus lebih nipis berbanding siri Xiaomi 14T, menjadikannya paparan terbesar dalam sejarah siri T.

Kedua-dua model dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i, dengan kadar segar semula sehingga 144Hz pada model Pro dan 120Hz untuk model standard.

Prestasi Gempak Dengan Cipset Terbaharu

Xiaomi 15T Pro dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 9400+, manakala Xiaomi 15T dilengkapi Dimensity 8400 Ultra. Gabungan ini menjadikan kedua-dua model berprestasi tinggi dan sesuai untuk penggunaan harian, fotografi, mahupun permainan video berat.

Kedua-dua telefon turut hadir dengan bateri besar 5500mAh, ketahanan IP68 (tahan debu dan air hingga kedalaman 3 meter), serta WiFi generasi terkini iaitu WiFi 7 bagi 15T Pro dan WiFi 6E bagi 15T.

Bagi jaminan jangka panjang, Xiaomi menawarkan kemaskini keselamatan selama 6 tahun pada siri Xiaomi 15T. Untuk kemaskini sistem operasi (OS) pula, Xiaomi memberi jaminan selama 5 tahun pada Xiaomi 15T Pro, dan 4 tahun pada Xiaomi 15T.

Promosi jualan terbuka berlangsung dari 3 hingga 31 Oktober 2025.

Hadiah dan Faedah Eksklusif untuk Pembeli Awal

Setiap pembelian siri Xiaomi 15T disertakan dengan hadiah percuma dan faedah digital eksklusif bernilai hingga RM2,069!

Untuk Xiaomi 15T Pro:

- Xiaomi Watch S4 (warna hitam) bernilai RM699

- Percubaan 4 bulan Spotify Premium (pengguna baharu)

- 3 bulan YouTube Premium + 3 bulan Google AI Pro

- Jaminan kualiti 24 bulan

- Penggantian skrin percuma dalam 12 bulan pertama

- Baik pulih percuma (kos buruh) dalam 12 bulan

- Telefon gantian sementara semasa proses pembaikan (24 bulan)

- Status VIP pelanggan selama 24 bulan

- Servis pembaikan tanpa kerumitan dalam tempoh 2 tahun

Nilai keseluruhan faedah: RM2,099

Untuk Xiaomi 15T:

- Xiaomi Buds 5 (warna putih) bernilai RM459

- Faedah digital bernilai RM1,719

Pengalaman Flagship Dalam Genggaman

Dengan kombinasi teknologi kamera Leica, skrin gergasi, cipset berkuasa serta bateri besar, siri Xiaomi 15T benar-benar menawarkan pengalaman flagship yang premium dalam harga yang lebih berpatutan.

Ia sesuai untuk pengguna yang mahu telefon berprestasi tinggi tanpa perlu membayar harga peranti ultra premium.

Jangan Lepaskan Peluang, Dapatkan Sekarang!

Siri Xiaomi 15T kini boleh didapati di Xiaomi Store, mi.com, Shopee dan Lazada

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi atau ikuti media sosial Xiaomi Malaysia:

Facebook: Xiaomi Malaysia

Instagram: @xiaomi.malaysia

TikTok: @xiaomimalaysia

Lawati Xiaomi Store atau mi.com hari ini untuk ketahui promosi pra-tempahan dan hadiah eksklusif anda!