'Bukan sembelih angsa bertelur emas'
Iklan
Johan menunjukkan statistik defisit fiskal negara. - Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
PUTRAJAYA - Langkah kerajaan menggunakan dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) untuk melaksanakan projek pembangunan bukanlah tindakan ‘penjarahan fiskal’ seperti didakwa.
Sebaliknya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ia merupakan pelaburan strategik yang menyokong agenda pembangunan negara.