Ribut Fengshen dikesan menghala ke Sabah
Iklan
Ribut Tropika Fengshen yang melanda Filipina menyebabkan beberapa kawasan terjejas banjir di negara itu. - Foto: Reuters, gambar kecil: Azizan
SHAH ALAM - Ribut Tropika Fengshen yang dikesan bergerak ke arah barat laut menghala timur laut, Kudat, Sabah dijangka tidak memberi kesan ketara, sebaliknya hanya menyebabkan ombak besar di beberapa kawasan.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu berlaku jauh dari kawasan perairan negara dan hanya memberi kesan kecil terhadap cuaca tempatan.