Menyantuni naratif Belanjawan 2026
Iklan
Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan seimbang antara tanggungjawab fiskal dan sokongan rakyat - Gambar hiasan
BELANJAWAN 2026 kini sudah lebih seminggu diumumkan kepada masyarakat. Sudah tentu banyak perkara yang perlu dihadamkan dan sidang Parlimen akan terus membahas usul belanjawan ini.
Bertemakan belanjawan rakyat dan ekonomi Madani, pihak kerajaan dilihat gigih merangka suatu perancangan negara yang mengambil pelbagai faktor.