Syarat baharu galak generasi muda tunai haji
Iklan
Syarat kesihatan baharu ibadah haji 2026 disambut baik kerana galakkan persediaan awal dalam kalangan umat Islam muda. - Gambar hiasan, gambar kecil dari kiri: Syed Ahmad Hazmin, Sharifah Afiqah, Zurina
SHAH ALAM – Ketetapan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan syarat kesihatan baharu bagi musim Haji 1447H/2026M dilihat mampu meningkatkan kesedaran umat Islam, khususnya golongan muda, mengenai kepentingan menjaga kesihatan bagi menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
Walaupun pelaksanaan haji di Malaysia kekal tertakluk kepada sistem giliran dan kuota tahunan Tabung Haji, langkah itu tetap dianggap wajar kerana memberi peringatan awal kepada bakal jemaah supaya bersedia dari segi fizikal dan mental seawal usia muda.