STR dan SARA: Tiada pengurangan, hanya cara agihan berbeza
Iklan
Pelaksanaan bantuan secara bulanan melalui SARA turut mewujudkan persaingan sihat antara kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program tersebut. - Gambar hiasan, gambar kecil: Johan Mahmood
PUTRAJAYA - Dakwaan sesetengah pihak bahawa berlaku pengurangan terhadap jumlah keseluruhan bantuan rakyat di bawah Belanjawan 2026 adalah tidak benar sama sekali.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, jumlah yang diterima masih sama tetapi kerajaan hanya mengubah bentuk agihan antara Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan bantuan lebih bersasar dan berkesan.