Idea baik tapi jangan sampai jejas suasana pendidikan
Iklan
Langkah kerajaan menempatkan anggota polis di sekolah merupakan isyarat jelas bahawa institusi pendidikan perlu menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar. Gambar fail Bernama, gambar kecil: Zalmizy
SHAH ALAM - Idea menempatkan bekas anggota polis atau tentera bagi menangani isu keselamatan di sekolah seperti dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan cadangan yang baik namun pelaksanaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan suasana pendidikan.
Pakar kriminologi, Dr Zalmizy Hussin berkata, bekas anggota tentera dan polis mempunyai disiplin tinggi serta pengalaman dalam mengurus situasi keselamatan namun peranan mereka perlu disesuaikan dengan persekitaran sekolah.