Lelaki kirim WhatsApp kepada polis lepas bunuh isteri

Iklan
Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan tersebut. - Foto: Agensi

BANYUWANGI - Sebuah komuniti gempar dengan pembunuhan seorang wanita yang dilakukan suaminya sendiri.

Pelaku dikenali sebagai GDF, 41, menikam mangsa, BW, 54, di kediaman mereka di Jl Serayu, Kelurahan Panderejo, Kecamatan Banyuwangi, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur di Indonesia pada Isnin.

Iklan
Iklan

Jurucakap Kapolsek Banyuwangi Kota, AKP Hendry Cristianto berkata, mangsa ditikam dengan pisau dapur.

"Setelah membunuh isterinya, GDF mencari nombor telefon polis di grup WhatsApp. Dia kemudiannya mengirim mesej dan mengaku perbuatannya serta mahu menyerah diri," jelasnya.

Iklan

Pihak berkuasa menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa di ruang makan dengan dada berlumuran darah.

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan tersebut dan laporan awal mendapati pasangan itu tidak berdepan masalah ekonomi kerana kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang stabil.

Iklan

"Jasad mangsa telah dihantar ke rumah sakit untuk proses autopsi," ujarnya lagi.

Difahamkan, pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak dan kesemuanya tiada di rumah ketika kejadian.

Beberapa jiran tetangga juga menjelaskan pasangan itu kelihatan bahagia dan sentiasa sibuk bekerja. - Agensi