PM kunjungi kediaman Gobind Singh Deo, raikan Deepavali dengan semangat perpaduan

Iklan
Anwar hadir bersama isteri dan beberapa pemimpin kanan. Foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Iklan
Iklan

"Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.

Anwar mengadakan kunjungan ke kediaman Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali. Foto Pejabat Perdana Menteri

Iklan

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Iklan

Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu hantaran berasingan menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Beliau berkata, sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati serta persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk dan diperkukuh. - Bernama