Remaja perempuan dilapor hilang selepas naik e-hailing

Iklan
Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke sebuah pasar mini.

BENTONG – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke sebuah pasar mini di Taman Gemilang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah, 15 dengan alamat terakhirnya di Apartment Taman Gemilang, di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kali terakhir remaja itu dilihat berada di kawasan Kampung Chamang, berdekatan sebuah kedai runcit sebelum menaiki e-hailing berkenaan.

"Remaja itu berkulit sawo matang, bertubuh sederhana dan mempunyai ketinggian kira-kira 154 sentimeter serta berat sekitar 46 kilogram.

Iklan

'Ketika kejadian,dia memakai baju berwarna biru serta seluar bercorak petak-petak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, pihak polis kini giat menjalankan usaha mengesan remaja terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Iklan

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999 atau mana-mana balai polis berhampiran.