Penghantar barang spontan serah bungkusan kepada pengantin

Iklan
Tangkap layar video TikTok milik @novelista.co pada Ahad.

SHAH ALAM - Detik indah pasangan pengantin baharu bertukar lucu apabila seorang penghantar barang hadir ke majlis tersebut bagi menyampaikan bungkusan kepada mereka.

Menerusi perkongsian video TikTok milik @novelista.co atau nama sebenar, Amin Mat Harun, kehadiran pekerja berkenaan yang datang secara spontan itu dilihat memeranjatkan kedua-dua pengantin tersebut.

Iklan
Iklan

Amin yang juga jurugambar bagi pasangan itu berkata, insiden mencuit hati tersebut berlaku sewaktu majlis memotong kek hendak berlangsung.

“Masa acara potong kek baru nak mula, ada abang penghantar barang cari siapa penerima nama Bella, rupanya pengantin perempuan.

Iklan

“Abang itu pun segan hendak serahkan bungkusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ketika ditanya sama ada keluarga pengantin sempat mempelawa lelaki berkenaan menjamu selera, Amin berkata, mereka tidak sempat berbuat demikian kerana penghantar itu segera beredar untuk meneruskan tugasnya.

Iklan

“Tidak sempat ayah pengantin ajak makan, dia (penghantar barang) sudah hilang,” ujarnya.