Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Deepavali

Iklan
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu. Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Iklan
Iklan

"Semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya,” menurut hantaran itu.

Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya akan disambut oleh penganut Hindu di Malaysia, esok. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan