Maahad An-Noer dinobatkan pemenang National OSH Award 2024
Iklan
Hafiz (tiga dari kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri) di Bentong pada Sabtu.
BENTONG – Usaha gigih selama lapan tahun Maahad An-Noer (MAN) di sini dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National OSH Award) 2024 kategori sekolah di sini pada Sabtu.
Anugerah berprestij di peringkat kebangsaan itu menjadi satu pengiktirafan besar kepada MAN yang terletak di Janda Baik kerana berjaya membuktikan bahawa institusi pondok dan madrasah juga mampu mengamalkan sistem pengurusan moden yang menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).