Cadangan wajar demi sahsiah, keselamatan
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Nor Azni
SHAH ALAM - Langkah melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid berusia bawah 16 tahun merupakan satu pendekatan yang sangat wajar dan perlu disokong oleh semua pihak.
Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni), Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Azni Abdul Aziz berkata, dalam era digital masa kini, pelbagai bentuk penyalahgunaan teknologi boleh berlaku tanpa kawalan khususnya dalam kalangan murid yang masih belum cukup matang untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan.