Andalusia lancar October Deals 2025

Iklan
Reruai Andalusia menerima kehadiran orang ramai yang tidak ingin melepaskan peluang mendapat diskaun hebat.

SHAH ALAM – Andalusia Travel & Tours melancarkan Kempen October Deals 2025 bagi membantu umat Islam merebut peluang menunaikan umrah musim 1447H hingga 1448H.

Ahli Lembaga Pengurusan Pemasaran, Jualan, Data dan Acaranya, Izzati Ibrahim berkata, terdapat lebih 15,000 tempat duduk penerbangan umrah yang masih tersedia sehingga April 2026.

Iklan
Iklan

“Kempen ini sebahagian daripada misi besar Andalusia untuk mencapai sasaran membawa 80,000 jemaah menunaikan umrah setiap tahun.

“October Deals 2025 bukan sekadar jualan murah, ia adalah peluang sebenar untuk umat Islam menunaikan ibadah ke Tanah Suci dengan pengalaman terbaik, perkhidmatan telus dan bimbingan yang diyakini,” katanya.

Iklan

Izzati

Menurutnya, kempen berkenaan berlangsung serentak dari 17 hingga 20 Oktober 2025 di MATTA Muslim Travel Fair di WTC Kuala Lumpur, GoTravel Expo di Mid Valley Megamall, Pejabat HQ Desa Pandan serta cawangan Andalusia di seluruh Malaysia.

Iklan

Beliau berkata, pelanggan yang berkunjung ke booth Andalusia di WTC Kuala Lumpur berpeluang menikmati diskaun khas antara RM100 hingga RM200 seorang bagi semua pakej umrah termasuk Umrah Jimat, Umrah Sederhana Ramadan dan Umrah Jarak Dekat Musim Ramadan.

“Andalusia turut memperluas tawaran kepada pakej pelancongan antarabangsa seperti Eropah, Turkiye, Jepun, Korea dan Muslim Tour serata dunia dengan potongan harga sehingga RM200 seorang,” katanya.

Dalam pada itu Izzati berkata, kempen ini juga mencerminkan komitmen Andalusia untuk terus memperkukuh kepercayaan jemaah melalui pendekatan digital dan telus dalam setiap urusan.

“Segala transaksi kini lebih mudah, cepat dan selamat melalui sistem digital kami. Andalusia memastikan setiap jemaah tahu dengan jelas apa yang dibayar dan apa yang diperoleh tanpa caj tersembunyi,” katanya.

Dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam industri dan rangkaian 62 cawangan seluruh negara, Andalusia terus mengekalkan reputasinya sebagai peneraju agensi umrah tanah air yang menepati tagline ‘Paling Dipercayai. Paling Diyakini. Hanya di Andalusia’.