Implikasi Tomahawk ke Ukraine
Iklan
Ukraine percaya penggunaan Tomahawk akan meninggalkan kesan digeruni.
SETELAH gencatan senjata antara Hamas dan Israel tercapai di Gaza genap seminggu Jumaat lalu, perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini beralih kepada usaha untuk menamatkan perang Ukraine-Rusia yang sudah masuk tahun ketiga.
Khamis lalu, beliau mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladamir Putin mengenai perang tersebut. Mereka bersetuju mengadakan persidangan kemuncak kali kedua dalam masa dua minggu di Budapest, Hungary sebagai satu lagi upaya untuk menghentikan perang.