Kucing, kambing juga berisiko dijangkiti rabies

Iklan
Dr Aida (tiga dari kanan) bersama Hilmi (dua dari kiri) pada Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2025 di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Haiwan peliharaan lain seperti kucing dan kambing juga berisiko dijangkiti wabak rabies sebagaimana anjing jika tidak diberi vaksinasi sewajarnya.

Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, Dr Aida Muhid berkata, hasil dapatan di Sarawak menunjukkan hampir 50 peratus kes rabies dikesan pada kucing, sekali gus membuktikan haiwan itu turut berisiko tinggi terhadap jangkitan tersebut.

Iklan
Iklan

“Sebab itu kita turut memberi tumpuan kepada haiwan lain termasuk kucing dan kambing.

"Di Sarawak, rabies sudah menjadi endemik dan kami sedang giat menjalankan vaksinasi serta kempen kesedaran kepada komuniti,” katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu beliau hadir pada Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah di Mydin Mall Tunjong di sini.

Menurut beliau, walaupun kes rabies di negara ini masih terkawal, kempen kesedaran dan vaksinasi tetap digiatkan sebagai langkah berjaga-jaga ke arah menjadikan Malaysia bebas rabies menjelang 2030.

Iklan

Setakat September lalu ujarnya, sebanyak 13,612 ekor anjing telah divaksin di seluruh negara, manakala bagi tempoh sama di Sarawak sahaja direkodkan 46 kes rabies.

Dr Aida turut menasihatkan pemilik haiwan agar lebih berhemah dengan memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin serta tidak dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan.

“Kesedaran masyarakat kini semakin meningkat dan kita juga sentiasa mempergiat hebahan serta kempen melalui jabatan berkaitan supaya semua pihak peka terhadap bahaya wabak ini,” katanya.