Jelajah Karnival KPDN 2025 Zon Timur singgah di Pahang

Iklan

KUANTAN – Penduduk Pantai Timur bakal menikmati kemeriahan luar biasa hujung bulan ini apabila Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Timur singgah di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang bermula 24 hingga 26 Oktober 2025.

Acara tahunan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini dijangka menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Pahang, Terengganu dan Kelantan menerusi pelbagai program menarik merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, kerjaya serta seni hiburan.

Iklan
Iklan

Karnival ini terbuka kepada orang ramai mulai 9.00 pagi hingga 10.00 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad ia berlangsung dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jualan RAHMAH MADANI, Kempen Beli Barangan Malaysia dan Menu RAHMAH jadi tarikan utama

Iklan

Antara daya tarikan utama karnival ialah program Jualan RAHMAH MADANI, yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan 10 hingga 30 peratus lagi murah berbanding harga pasaran.

Pengunjung juga boleh membeli belah di khemah khas Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), platform khas bagi memperkenalkan dan mempromosikan jenama-jenama tempatan kepada pengunjung tempatan.

Iklan

Tidak ketinggalan, Menu RAHMAH juga pastinya menjadi pilihan pengunjung untuk mendapatkan set hidangan makanan atau minuman dengan harga serendah RM5.

Aktiviti keluarga, persembahan artis dan sesi interaktif

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini turut sarat dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti Pertandingan Mewarna, Eksplorasi Mini KPDN, sesi Meet & Greet Didi & Friends yang pasti menceriakan anak-anak.

Bagi mereka yang ingin menambah ilmu, sesi Pocket Talk dari pelbagai agensi di bawah KPDN akan berkongsi maklumat berguna berkaitan hak pengguna, advokasi kepenggunaan dan program bantuan kerajaan.

Tak cukup dengan itu, pentas utama turut dimeriahkan dengan persembahan artis sepanjang tiga hari penganjuran; antaranya kumpulan nasyid UNIC pada hari pertama, diikuti barisan artis seperti Haqiem Rusli, Nadeera Zaini, serta Umairah dan Amad Daiyan, juga penampilan istimewa kumpulan Cherpen sempena penutupan hari terakhir.

Peluang kerjaya, cabutan bertuah menanti

Selain hiburan, pengunjung juga boleh merebut peluang pekerjaan melalui Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang dianjurkan bersama PERKESO, menawarkan pelbagai peluang dalam sektor awam dan swasta.

Setiap pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan termasuk Proton S70, Perodua Alza dan Modenas Karisma 125 serta barangan elektrik.

Ikhtiar KITA untuk semua

Dengan tema ‘Ikhtiar Kita Untuk Semua’, KPDN terus komited membawakan program-program berteraskan fungsi kementerian secara terus kepada masyarakat tempatan. Usaha ini bertujuan memberi impak yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.