Gempa bumi kuat landa Mindanao, Filipina

Iklan
Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi Jumaat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 berlaku di Mindanao, Filipina pada 7.03 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 9.8 darjah utara dan 126.2 darjah timur, kira-kira 76 kilometer (km) timur dari Surigao City, Filipina.

Iklan
Iklan

Gempa bumi dengan kedalaman 52 km itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama