Bersatu berantakan
Iklan
Apa yang pasti, pergolakan dalam Bersatu akan menjadi lynchpin untuk beberapa kebarangkalian perubahan dalam blok pembangkang.
DALAM politik bergeser itu lumrah. Kali ini pergeseran berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), apabila Lembaga Disiplin pada 14 Oktober memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkait isu akuan bersumpah (SD) yang dikatakan sebahagian usaha mendesak pengunduran presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di awal penglibatan dalam politik arus perdana, Wan Saiful pernah digelar ayam tambatan Muhyiddin sehingga diberi kebebasan memilih mana-mana kawasan Parlimen untuk bertanding sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15.