HASRAT beregu badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah untuk meneruskan momentum kejuaraan tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Denmark Super 750 di Jyske Arena, Odense pada Khamis.
Gandingan pilihan Malaysia itu tewas kepada pasangan Jepun, Arisa Igarashi–Chiharu Shida, dengan keputusan 18-21, 9-21 dalam tempoh 35 minit.