Isu disiplin dan keselamatan pelajar, Kabinet buat keputusan esok - PM
Iklan
Anwar berucap merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) di KLCC pada Khamis. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu disiplin dan keselamatan membabitkan pelajar sekolah esok, susulan laporan beberapa insiden tidak wajar sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan ringkas bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai perkara itu pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci… tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok kita buat keputusan,” kata beliau kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai reformasi pendidikan berikutan laporan beberapa kes rogol, bunuh dan buli di beberapa sekolah.
Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43, mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis.
Iklan
Pada Rabu, Perdana Menteri berkata, langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera, akan dibincang oleh Jemaah Menteri.
Sejak akhir-akhir ini, beberapa insiden serius membabitkan pelajar sekolah dilaporkan termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.
Iklan
Turut mendapat perhatian ialah peningkatan kes buli di sekolah apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lepas berbanding 6,528 pada 2023. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>