Murid cedera bukan disebabkan buli, tetapi cedera ketika bermain
Iklan
Gambar yang tular memaparkan seorang murid sekolah cedera.
KOTA KINABALU - Gambar tular menunjukkan seorang murid sekolah rendah dilihat dalam keadaan berlumuran darah bukan disebabkan perbuatan buli atau pergaduhan sebaliknya disebabkan kemalangan ketika bermain dengan rakannya.
Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin yang mendapat maklumat daripada guru besar di sebuah sekolah di Sipitang.
Iklan
Iklan
"Menurut guru besar tersebut, hasil siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut bukan berpunca daripada sebarang perbuatan buli atau pergaduhan, sebaliknya merupakan kemalangan yang berlaku ketika murid-murid bermain sesama sendiri.
"Ada murid bermain menggunakan tali pinggang dan menyebabkan bahagian tali pinggang terkena pada mangsa dan menyebabkan berlakunya kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Katanya lagi, sebagai tindakan segera, pihak sekolah telah membawa murid terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Gambar yang tular adalah gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke hospital. Selain itu, ibu bapa murid yang terlibat telah dihubungi serta dimaklumkan tentang kejadian ini," katanya.
Iklan
Raisin berkata, guru besar tersebut turut memaklumkan pihak sekolah akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan keselamatan semua murid serta mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
"Guru besar berkenaan memaklumkan turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap kejadian yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai kejadian yang tular di media sosial itu.
"Perkara itu masih dalam siasatan dan difahamkan kejadian melibatkan sesama murid," katanya.
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.