JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang wanita tersilap menekan pedal minyak di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini, menyebabkan lima kenderaan yang diparkir dirempuh dalam kejadian pada kira-kira jam 9.14 pagi, Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, insiden dipercayai berlaku apabila wanita berusia 49 tahun yang bekerja sebagai ejen insurans sedang memandu kereta jenis Mini Cooper dari arah Jalan Pingai menuju ke Jalan Kuning.