Covid-19: Lima suspek diambil rakaman percakapan kes berita palsu
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil rakaman percakapan lima suspek atas tuduhan menyebarkan berita palsu mengenai koronavirus (Covid-19).
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia merupakan tambahan kepada enam orang yang telah didakwa sebelum ini.