Wanita maut diserang buaya ketika cuci pakaian di sungai India

Iklan
Seorang wanita maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan peralatan dapur di Sungai Kharasrota berhampiran perkampungan Bankupala, India. Gambar hiasan

JAJPUR – Seorang wanita berusia 59 tahun maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan peralatan dapur di Sungai Kharasrota berhampiran perkampungan Bankupala, India.

Mayat mangsa yang sebahagiannya telah dimakan buaya ketika ditemui pada Selasa.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai Soudamini Mahala, diserang secara mengejut oleh seekor buaya pada Isnin ketika melakukan kerja harian di tebing sungai.

Menurut saksi, reptilia berkenaan menyeret mangsa ke dalam air walaupun orang ramai berusaha menyelamatkannya namun usaha tersebut tidak berjaya.

Iklan

Pihak pegawai perhutanan tempatan memaklumkan mayat mangsa menunjukkan kesan gigitan dan serangan buaya yang ganas.

Soudamini meninggalkan seorang suami dan dua orang anak lelaki.

Iklan

Kes ini merupakan sebahagian daripada peningkatan serangan buaya di kawasan perkampungan sepanjang sungai di daerah Kendrapada dan Jajpur.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk agar tidak memasuki sungai, anak sungai dan kawasan perairan berhampiran kerana dipercayai dipenuhi buaya air masin yang agresif.