Kembalikan kuasa guru disiplinkan pelajar
Iklan
Kuasa untuk guru mendisiplinkan pelajar seperti mengenakan denda yang wajar mengikut kesalahan tanpa ‘diikat’ pihak tertentu perlu dikembalikan. Gambar hiasan, gambar kecil dari kiri: Aminuddin, Anuar
SHAH ALAM - Kuasa untuk guru mendisiplinkan pelajar seperti mengenakan denda yang wajar mengikut kesalahan tanpa ‘diikat’ pihak tertentu perlu dikembalikan supaya dilema dihadapi golongan pendidik bagi membentuk generasi mempunyai nilai dan adab mulia tercapai.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, usaha tersebut penting bagi memudahkan proses guru mendisiplinkan pelajar yang terlibat dalam salah laku.