Dua darjat dan pengundi tak mampu
Iklan
Gambar hiasan.
PRINSIP asas dalam demokrasi ialah kesamarataan warga. Masyarakat mesti satu darjat saja sekalipun terdapat orang kayangan dan orang kebanyakan. Meskipun status masyarakat berbeza, hak politik mereka sama.
Gejala ‘dua darjat’ memarahkan rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19 kerana orang kebanyakan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dihukum sementara orang kayangan dilepaskan apabila berbuat yang sama, dan juga dalam tragedi adik Zara Qistina Mahathir apabila wujud spekulasi bahawa pembuli dilepaskan kerana mereka anak orang besar.