NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima pemberitahuan daripada pihak berkuasa pendudukan Israel mengenai keputusan mereka untuk mengurangkan separuh jumlah lori bantuan yang dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza, daripada kira-kira 600 lori seperti yang dijanjikan dalam perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq berkata pada sidang media malam Selasa bahawa Koordinator Aktiviti Kerajaan di Wilayah Palestin (COGAT) telah memaklumkan keputusan itu melalui surat rasmi, dengan alasan tindakan tersebut dilakukan berkaitan pemulangan mayat tahanan.