Insiden jenayah di sekolah: Janji siasatan telus, profesional - Saifuddin Nasution
Iklan
Saifuddin Nasution (dua, kiri) bersama Alexander (dua, kanan) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan IPD Muallim, Slim River pada Rabu. Foto Bernama
TANJONG MALIM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjanjikan siasatan yang telus dan profesional terhadap insiden jenayah yang berlaku dalam kawasan sekolah kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menegaskan mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang yang ada.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, keyakinan masyarakat terutama ibu bapa terhadap jaminan keselamatan di kawasan sekolah perlu diperkukuh selaras slogan 'polis dan masyarakat berpisah tiada'.
"... aspek keselamatan sekolah ini, rakyat berhak untuk memberi tumpuan sebab anak-anak mereka (ibu bapa) dihantar ke sekolah.
Iklan
"Soalnya adalah kita harus mengukuhkan keyakinan rakyat, termasuk ibu bapa (dan) kalau ia berkait dengan insiden jenayah di sekolah, maka pelakunya akan kita bawa ke muka pengadilan menggunakan undang-undang yang sedia ada," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mualim di sini pada Rabu.
Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Iklan
Saifuddin Nasution berkata, selain akta berkaitan kanak-kanak, pihaknya juga akan melakukan siasatan menggunakan Kanun Keseksaan seperti 302, 375 atau 377B terhadap kes berkaitan.
Beliau turut menekankan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang insiden jenayah di sekolah walau siapa pun pelakunya, namun peranan itu tidak boleh diletakkan pada bahu pasukan itu semata-mata.
"Ia kena melibatkan pihak sekolah, pemimpin masyarakat sebab aspek keselamatan ini kita nak gembleng kerjasama semua," katanya.
Semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia dipercayai ditikam pelajar lelaki lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Minggu lepas pula, dalam kejadian di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dipercayai dirogol oleh beberapa pelajar lelaki Tingkatan Lima. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>