Bekalan elektrik terputus sekitar KL, Kepong - TNB

Iklan
Beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Kepong dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pagi Rabu. Gambar hiasan

Terdahulu tular di laman sosial berhubung gangguan elektrik di beberapa kawasan lembah Klang.

SHAH ALAM - Beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Kepong dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada petang Rabu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di laman rasmi TNB Care Line memaklumkan, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memulihkan bekalan secepat mungkin.

Iklan
Iklan

"Pelanggan yang dihargai, gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

"Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

TNB turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas kesabaran mereka serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna.

Dalam pada itu, syarikat utiliti tersebut turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik sepanjang tempoh gangguan.

Iklan

"Bekalan elektrik mungkin dipulihkan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial berhubung gangguan elektrik di beberapa kawasan lembah Klang.

Antara kawasan terjejas ialah Seksyen 16 dan Kelana Jaya di Petaling Jaya, Damansara Heights, Mont Kiara dan sebahagian Kuala Lumpur.

 


Gangguan bekalan elektrik berpunca dari loji janakuasa Melaka

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor Bahru dilaporkan terputus bekalan elektrik susulan insiden gangguan di Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant, Melaka, petang Rabu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di laman rasmi TNB Care Line memaklumkan, kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik terganggu di beberapa kawasan utama namun kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan.

“Pasukan teknikal TNB kini sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas," kata kenyataan itu pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya, bekalan elektrik di beberapa kawasan terjejas telah pulih secara berperingkat.

Kata beliau, setakat jam 5.30 petang, bekalan telah dipulihkan di kawasan Damansara City,

Sri Hartamas, Danau Desa, SPPK Cheras, Ampang, Bukit Jalil, Sri Damansara, Kota Puteri dan Pasir Gudang Darat.

TNB turut menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik melalui saluran rasmi iaitu talian 15454, mesej peribadi di Facebook TNB Careline, pesanan terus (DM) di platform X @Tenaga_Nasional, atau e-mel ke tnbcareline@tnb.com.my.