Edisi keempat Global Sumud Flotilla dijangka berlepas ke Gaza bulan depan - Mapim
Iklan
Muhammad Azmi pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU di antara MPi dengan Mapim di Bukit Jelutong pada Rabu. Foto Bernama
SHAH ALAM - Edisi keempat Misi kemanusiaan konvoi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka berlepas ke Gaza pada pertengahan atau penghujung bulan November ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Muhammad Azmi Abdul Hamid berkata, GSF akan menggunakan pengalaman terdahulu bagi mempersiapkan konvoi dengan strategi lebih kemas untuk menembusi sekatan barisan pertahanan tentera Zionis.
Iklan
Iklan
"Kita sedang merancang untuk masuk ke perairan Gaza menjelang Ramadan ini... oleh itu, kita sasarkan paling lewat konvoi bantuan ini perlu memulakan perjalanan sama ada pada pertegahan atau penghujung bulan depan.
"Kita juga akan mengadakan perbincangan di peringkat antarabangsa bagi mengkaji semula tiga siri konvoi terdahulu yang terkandas akibat dipintas tentera Israel, dan merangka strategi memecah kepungan mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Mapim di sini pada Rabu.
Iklan
Soo Heong (tengah) bersama Timbalan Presiden MPi, Farrah Naz Karim (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Muhammad Azmi (kanan). Foto Bernama
Beliau berkata, setakat ini, saiz armada yang terlibat masih sama iaitu 1,000 buah bot dan kapal dari seluruh dunia yang dimuatkan dengan pelbagai jenis bantuan sebelum bergabung di Laut Mediterranean.
Iklan
Muhammad Azmi berkata, konvoi itu juga bakal disertai beberapa kumpulan antaranya dari perairan Gibraltar, Barcelona, Tunisia, Itali, Turkiye dan memasuki Palestin melalui perairan Gaza secara berasingan.
Beliau juga berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentangkan cadangan menghantar 200 kontena berisi barangan keperluan ke Gaza melalui laluan darat iaitu pintu Rafah.
"Setelah perbincangan dibuat, kita perlu desak (Presiden Mesir) Abdel Fattah al-Sisi untuk membuka pintu sempadan Rafah bagi membolehkan semua kontena itu dibawa masuk," katanya.
Terdahulu, Muhammad Azmi menerima kunjungan Presiden Institut Akhbar Malaysia, Datuk Yong Soo Heong di Ibu Pejabat Mapim di sini bagi memeterai memorandum persefahaman.
Perjanjian itu antara lain ialah bagi menjalin kerjasama strategik jangka panjang dalam usaha memperkukuh peranan media terhadap isu-isu kemanusiaan sejagat dan memperluas kefahaman berhubung konflik kemanusiaan global. - Bernama
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.