MCMC laksana siasatan awam berhubung standard mandatori pendaftaran pengguna prabayar
Iklan
MCMC melaksanakan siasatan awam berkaitan standard mandatori pendaftaran pengguna perkhidmatan selular prabayar.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan siasatan awam berhubung standard mandatori untuk pendaftaran pengguna perkhidmatan selular awam prabayar.
MCMC dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pelaksanaan kertas siasatan awam itu dibuat selaras dengan Seksyen 55 dan 61 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi memastikan ketelusan, keterangkuman serta akauntabiliti dalam proses pembangunan Standard Mandatori.