KEDUDUKAN Harimau Malaya dijangka melonjak lima anak tangga ke kedudukan ke-118 dunia selepas mencatat dua kemenangan bergaya ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
Menurut pengiraan tidak rasmi, skuad kendalian Peter Cklamovski itu mengutip 6.77 mata selepas menewaskan Laos 3-0 di Vientiane, sebelum meraih lagi 6.52 mata hasil kemenangan besar 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.