Jasad pelajar perempuan mangsa tikam dituntut keluarga

Iklan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

PETALING JAYA - Jasad pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, pada Selasa telah dituntut oleh keluarga mangsa pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mayat pelajar berusia 16 tahun itu dituntut pada jam 7.30 pagi selepas proses bedah siasat selesai dilakukan di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.

Iklan
Iklan

"Ya, jasad telah dituntut keluarga mangsa pada 7.30 pagi tadi. Perkembangan lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Sazeli Kahar dalam sidang media pada 11.30 pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Mahkamah Petaling Jaya mendapati suspek, iaitu pelajar lelaki berusia 14 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.40 pagi menaiki kereta peronda polis.

Iklan

Difahamkan proses permohonan reman telah selesai dan maklumat lanjut akan diberikan semasa sidang media nanti.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

Iklan

Menurut laporan, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah dan suspek merupakan pelajar sekolah yang sama. - Bernama