Pemuda UMNO Johor desak kerajaan tangani kegagalan sistem pendidikan

Iklan
Noor Azleen

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Johor menyifatkan siri jenayah berat yang berlaku di beberapa sekolah kebelakangan ini sebagai isyarat jelas wujudnya kegagalan sistematik dalam sistem pendidikan negara yang perlu ditangani segera.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, jenayah serius seperti kes rogol dan bunuh yang berlaku dalam kawasan sekolah amat mengejutkan dan membimbangkan kerana institusi itu sepatutnya menjadi zon paling selamat untuk pelajar.

Iklan
Iklan

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa jenayah seberat rogol dan bunuh boleh berlaku dalam kawasan sekolah yang sepatutnya menjadi zon paling selamat untuk murid-murid dan para pelajar.

"Pemuda Johor menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa serta keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan," ujar dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Noor Azleen yakin dengan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Kejadian tersebut perlu menjadi “wake-up call” kepada seluruh masyarakat kerana menunjukkan seolah-olah wujud satu wabak sosial yang semakin membimbangkan hingga kawasan sekolah juga tidak lagi bebas daripada ancaman jenayah.

Iklan

“Sistem pendidikan yang sepatutnya mendidik dan melindungi generasi masa depan kini turut terpalit dengan unsur jenayah berat yang mencemarkan nilai kemanusiaan dan moral,” ujarnya.

Beliau menyeru semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, agensi penguat kuasa serta badan bukan kerajaan berganding bahu memastikan keselamatan pelajar dari semua aspek fizikal, moral dan emosi.

“Ini bukan masa untuk menuding jari, sebaliknya masa untuk bersatu dan mengambil tindakan demi menjadikan sekolah benar-benar selamat,” katanya.