Benam Israel 5-0, Norway derma wang kemenangan kepada Gaza

Iklan
Haaland (foto) berjaya meledakkan jaringan hatrik beliau ketika menentang Israel, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. - Foto AP

PERSEKUTUAN Bola Sepak Norway mengesahkan akan menyumbangkan AS$350,000 (lebih RM1.6 juta) kepada rakyat Gaza hasil kutipan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Israel.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari sebelum perlawanan itu, semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Doctors Without Borders bagi membantu misi kemanusiaan di Gaza.

Iklan
Iklan

Perlawanan yang berlangsung pada 12 Oktober itu menyaksikan Norway meraih kemenangan besar 5–0 ke atas Israel, dengan penyerang sensasi Erling Haaland menjaringkan hatrik, sekali gus membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam saingan kelayakan.

Selain itu, langkah murni itu turut mendapat sokongan penuh daripada para penaja pasukan kebangsaan Norway, menjadikan inisiatif tersebut antara bentuk solidariti paling lantang disuarakan dalam dunia sukan Eropah ketika ini.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, beberapa pegawai dan penyokong bola sepak Norway sebelum ini lantang mengkritik penyertaan Israel dalam kejohanan Piala Dunia. Persekutuan itu menyifatkan perlawanan menentang Israel sebagai peluang untuk mengukuhkan pendirian mereka terhadap isu kemanusiaan di Gaza. - Awani