Contohi negara maju tangani isu buli, salah laku murid
Iklan
Di AS, sistem sokongan tingkah laku positif dibangunkan khusus untuk membasmi pembuli dan menangani isu sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasnah)
SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya merangka sistem sokongan tingkah laku positif dalam institusi pendidikan sekolah untuk tujuan pembentukan karakter dan moral pelajar.
Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, sistem berkenaan membolehkan guru mengenal pasti dan menangani pelajar yang menunjukkan bibit awal masalah tingkah laku.