Anak hidap diabetes maut: Bapa dijel 40 tahun sebab pengabaian

Iklan
Gambar hiasan

EVANSVILLE - Seorang bapa dihukum penjara selepas didapati bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya yang berusia 12 tahun.

Brent Bredhold, 39, menghadapi hukuman maksimum 40 tahun di sebalik tirai besi setelah disabitkan oleh juri atas satu pertuduhan pengabaian tanggungan yang menyebabkan kematian.

Iklan
Iklan

Ia berikutan kematian tragis anak perempuan defendan, Alice Bredhold, 12, yang meninggal dunia akibat komplikasi yang boleh dicegah daripada pengurusan diabetes yang buruk.

Alice ditemui meninggal dunia di lantai bilik tidurnya pada 4 Julai 2024, di kediaman keluarga mereka di South New York Avenue, Indiana.

Iklan

Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa kanak-kanak itu menghidap diabetes, tetapi ibu bapanya tidak membantunya menguruskan penyakit sepanjang hayat itu.

Sebelum Alice meninggal dunia, Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak telah menghubungi ibu bapa Alice kerana paras gula dalam darahnya kerap kali diuji terlalu tinggi ketika dia berada di sekolah, lapor Law and Crime.

Iklan

Pihak pendakwaan memetik seorang jururawat sekolah yang melaporkan 44 bacaan melebihi 300 dan 14 bacaan melebihi 600 dalam beberapa minggu sebelum kematiannya.

Bagi penghidap diabetes, paras gula dalam darah kurang daripada 180 dua jam selepas makan dianggap sebagai sasaran biasa, menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control).

Pendakwa Raya, Winston Lin berhujah bahawa adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan keadaan kesihatan Alice, memandangkan usianya baru 12 tahun.

"Kanak-kanak tidak memahami nilai rutin harian. Dengan diabetes Jenis 1, ia adalah amat kritikal."

Pihak pendakwaan berkata, Alice telah dimasukkan ke hospital berkali-kali sejak dia berusia 10 tahun dan berikutan satu kejadian, keluarga Bredhold mendapatkan perkhidmatan ahli psikologi pediatrik.

Peguam bela Bredhold, Dawnya Taylor, berkata pihak pendakwaan mungkin telah menyebabkan juri percaya bahawa defendan adalah bapa tunggal.

Sebaliknya, dia berhujah, defendan sering tiada di rumah dan tidak dapat menguruskan tugas harian kerana pekerjaannya, yang sering menyebabkan dia terpaksa melakukan perjalanan selama lebih daripada dua hari pada satu masa.

Brent dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 23 Oktober, manakala perbicaraan ibu Alice, Ashley Marie Bredhold, 39, yang dituduh melakukan jenayah yang sama, ditetapkan untuk bermula pada Februari 2026.