PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam agar menanam tekad dan keazaman dalam diri masing-masing untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran serta dedikasi demi masa depan negara.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut mengingatkan penjawat awam agar bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan hasil pendapatan mereka diperoleh dengan cara halal.