Mahsia Media sasar perkasa komunikasi jenama di era digital

Iklan
Mahsia Media Group Sdn Bhd dilancarkan secara rasmi di MDMT Ballroom di ibu negara pada Ahad malam - Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Mahsia Media Group Sdn Bhd, syarikat komunikasi jenama dan media yang diasaskan oleh Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu telah dilancarkan secara rasmi di MDMT Ballroom di sini pada malam Ahad.

Penubuhan syarikat itu merupakan langkah strategik untuk memperkasa jenama tempatan agar lebih menyerlah, diingati dan diyakini dalam landskap komunikasi digital yang semakin kompetitif.

Iklan
Iklan

Berpegang kepada falsafah “teknologi mendekatkan hubungan, kandungan cerita membina kepercayaan”, Mahsia Media komited membantu jenama dan perniagaan tampil menonjol dalam era komunikasi yang pantas dan mencabar.

Menurut Dr Calvin, penubuhan Mahsia Media lahir daripada keprihatinannya terhadap cabaran pasca pandemik yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk kekangan bajet serta pendedahan yang terhad.

Iklan

“Setiap jenama mempunyai ceritanya sendiri. Mahsia Media bukan sekadar syarikat media, ia adalah syarikat perunding pemasaran jenama yang membantu kisah perniagaan dikenali merentas dunia,” ujarnya.

Majlis pelancaran yang dihadiri lebih 300 tetamu itu turut menampilkan persembahan Miss Tourism International 2025 - Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Iklan

Mahsia Media menampilkan lapan strategi utama komunikasi jenama termasuk pengukuhan kepercayaan, reka bentuk pengalaman pelanggan dan pemerkasaan kandungan.

Strategi lain turut merangkumi penjenamaan peribadi, rangkaian influencer, integrasi pelbagai saluran, pembangunan reputasi jenama serta ekosistem kolaborasi bersama agensi dan pencipta kandungan.

Syarikat itu berpegang kepada nilai kemanusiaan yang dihubungkan melalui teknologi serta disuarakan melalui penceritaan, dengan visi membantu jenama “memenangi hati” melalui kepercayaan dan hubungan jangka panjang.

Majlis pelancaran yang dihadiri lebih 300 tetamu itu turut menampilkan persembahan Miss Tourism International 2025 dengan penyertaan 40 delegasi antarabangsa, melambangkan usaha mempromosikan budaya dan pelancongan global melalui kolaborasi media.

Turut hadir, Pengerusi Capital CAK Berhad, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli.

Pada majlis itu juga disampaikan Anugerah Pengiktirafan Khas Voice of the Year kepada individu yang memberi impak positif dalam komunikasi digital.

Dr Calvin menegaskan, matlamat Mahsia Media bukan sekadar menyediakan perkhidmatan iklan dan promosi, sebaliknya membina ekosistem media yang saling menguntungkan serta memberi nilai berkekalan kepada semua pihak.