Empat lelaki ditahan kerana merusuh

Iklan
Empat suspek ditahan bagi membantu siasatan dan hasil semakan dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

KLUANG - Empat lelaki tempatan ditahan kerana merusuh hingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, di sebuah gelanggang bola keranjang di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan daripada berkaitan kejadian pada jam 11.15 pagi, yang mendakwa dirinya telah diserang beberapa individu tidak dikenali pada Jumaat sekitar jam 11 malam.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, hari ini (12 Oktober) sekitar jam 1.30 tengah hari, empat suspek berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil semakan dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

"Daripada ujian air kencing pula, kesemua suspek adalah negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, video berkaitan kejadian berdurasi 45 saat itu telah tular di media sosial. - Bernama

 

Iklan