Tentera Israel pulas tangan, tekan tengkuk

Iklan
Peserta misi FFC x TMTG bergambar bersama penyokong yang hadir di KLIA, Sepang pada Ahad.

SEPANG – “Tangan saya dipulas ke belakang, tengkuk ditekan ke bawah.”

Demikian perkongsian pengalaman getir delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) - Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Norsham Abu Bakar yang menceritakan detik mencemaskan ketika berdepan tindakan kasar tentera Israel.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dua tentera wanita Israel bertindak kasar sebaik kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod, sebelum mereka menjalani proses imigresen.

“Saya antara yang berada di barisan hadapan, dan dua tentera wanita itu memulas tangan saya ke belakang sambil menekan tengkuk ke bawah.

Iklan

“Saya rasa sangat sakit,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Ahad.

Norsham, yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, berkata beliau bertindak menjatuhkan badannya supaya bebanan itu ditanggung tentera berkenaan.

Iklan

“Mereka terpaksa mengangkat badan saya dan berjalan terhuyung-hayang kerana bebanan itu.

“Kesakitan yang saya alami hanya seketika, tetapi yang lebih menderita sebenarnya ialah rakyat di Gaza,” katanya.

Norsham menegaskan bahawa perjalanan mereka masih belum berakhir dan usaha membantu rakyat Gaza akan diteruskan.