BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Terbuka Artik 2025 yang berlangsung di Vantaa, Finland pada Ahad.
Pasangan yang kini menghuni ranking kedua dunia itu tampil cukup bertenaga dan tidak memberi ruang kepada lawan apabila menundukkan pilihan ketiga dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dengan keputusan 21-7, 21-9 dalam masa hanya 32 minit.