PRN Sabah: PN sasar tanding 36 kerusi, beri bayangan jadi kerajaan

Iklan
Takiyuddin (duduk, tengah) semasa hadir merasmikan Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu pada Sabtu malam.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk bertanding di 36 daripada 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah nanti.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jumlah tersebut menunjukkan hasrat gabungan itu untuk mentadbir negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ketika ini kita sedang muktamadkan individu yang sesuai untuk diangkat menjadi calon," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di sini pada Sabtu malam.

Menurut beliau, berkemungkinan besar PN akan membentuk gabungan dengan parti-parti tempatan pada PRN itu nanti.

Iklan

Ujarnya, proses memuktamadkan gabungan itu sedang dilakukan ketika ini.

"Memandangkan tarikh PRN belum diumumkan, ia memberi ruang kepada kami untuk melihat gabungan yang lebih sesuai,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas itu memaklumkan bahawa parti itu masih belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka.

"Jumlah kerusi untuk Pas kita tidak muktamadkan lagi bersama-sama dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan parti-parti yang akan bersama PN.

"Peluang untuk menang PRN Sabah, sama rata," katanya.