Aaron–Wooi Yik kekal hangat di Artik

Iklan

BEREGU badminton utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik tidak berdepan banyak tentangan apabila mara ke pentas final Terbuka Artik Super 500 selepas menundukkan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren–Dechapol Puavaranukroh dalam straight set, 21-15, 21-14 di Energia Areena, Vantaa, Finland.

Kemenangan mudah dalam masa 36 minit itu turut menyaksikan juara dunia 2022 tersebut mengekalkan rekod bersih 4-0 dalam pertemuan dengan lawan yang juga pilihan kelapan kejohanan.

Iklan
Iklan

Pasangan ranking nombor satu negara itu tampil lebih tenang dan tajam di jaring, sekali gus memaksa gandingan Thailand yang turut berada di ranking ke-13 dunia banyak melakukan kesilapan sendiri.

Kemenangan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik mengesahkan tiket ke final keenam musim ini, menambah koleksi konsistensi mereka dalam Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun 2025.

Iklan
Iklan

Final bakal mempertemukan Aaron- Wooi Yik dengan Ben Lane–Sean Vendy dari England juga merupakan pertemuan kesepuluh antara kedua-dua pasangan.